為何我選擇了街頭?

為何我選擇了街頭?

Mengapa saya pilih jalan raya?

《獨立新聞在綫 》阿當阿德里 (Adam Adli) 2012年01月11日

adam-adli-klasik-625x400[1]

接到《獨立新聞在線》編輯室的電話邀請我成為專欄作者時,我感到難以置信,因為在大約十分鐘前,我才發願要在報章和網絡媒體發表文章,以便我的看法和想法可以得到公評,而非只是停留在“推特”(Twitter)或“面子書”(Facebook)。接著,我開始想,我應該寫些什麼?一名文學創作者曾說過,“第一,我們必須寫別人所要,接著才寫自己所要”,我嘗試遵照他的囑咐,絞盡腦汁之後,我作出了決定。透過經常拋向我的問題,我想很多人都想要知道、想要讀到,為何我選擇了街頭。

1997年和1998年在國家歷史長河中肯定是重要的年份,因為那些年我們看到了被譽為國家近代史中最浩大的動員。我從這裡認知到,街頭是從未吹過國會大廈或布城冷氣的人民傳達心聲的媒介。我還記得,當時我的父親亦是中堅的示威者,每個週六早上,他都穿着T-恤、牛仔褲,騎着破爛的摩哆到城裡去。我曾經要求同行,但都被他阻止,他說危險。

大約十年之后,我開始認識了街頭,從爭取雪蘭莪州人民的水權示威開始,我找到了答案,為何十年前我的父親幾乎每周都到城裡去。

在數千人當中,我本來只是單獨一個人,跟其他人素未謀面。正因那個示威,我認識了幾個新朋友,他們現在跟我同在馬來西亞大專生團結陣線內。我還記得,當時還是示威“初哥”的我站在鎮暴隊的卡車前,照理肯定會選擇退到最後面,但是不知哪來的勇氣,我站在最前線,跟其他人圍起人牆。我再重申,當時我單槍匹馬,“舉目無親”。然而,奇怪的是,我並不感覺孤單,我跟數名年輕大專生肩並着肩,迎向水炮。我們並沒有退縮,直至被數名維安人員攻擊,我們才撤退,這是我珍藏的其中一段記憶。

街頭貢獻比國會還大

自從那時起,我經常留意最新的集會和街頭示威新聞。在於我,街頭示威已經成了崇高的舞台,以及淨化街頭的方式。就讓街頭以好的理由“被濫用”,而非“被濫用”以非法賽車、掠奪、打劫等等。我不明白為何有人反對將街頭當作人民發聲管道?

現在我們來到真正的問題:為什麼是街頭?朋友們稍安勿躁。如果翻閱史冊,我們就會發現有關街頭力量的記載。從第16世紀到“佔領”(Occupy)運動,我們瞭解到街頭給予人民的貢獻,比國會還大!難怪蓋福克斯(Guy Fawkes)曾想要炸毀國會!我經常向朋友們強調,國會只供222個人議事,然而我們有無數的心聲需要被聆聽,因此街頭就是我們的空間。它開放、廣闊,並且肯定會得到關注!

譬如爭取學術自由運動(BEBAS)經常被指是不文明的街頭無政府主義份子的搞作,目的在於搗亂。然而我們看到,同時証實了,惟有推到街頭去,才會得到社會大眾和部長大人們的關注。

他們肯定不會知道,爭取學術自由運動自2011 年初起就已經開始以辯論、論壇、演說、公開演講、包括視訊會議和通信的方式進行了一整年。雖然出席我們的活動的包括一些名聲顯赫的大人物,如安華、賽夫丁、希山慕丁萊益斯、法米惹扎、阿茲巴裡,然而依然沒法獲得公眾的注意。

實際上,每天早上端到社會大眾面前的都是小報,惟有轟動的事件才能得到社會的關注。街頭示威是其中一個人們喜歡在咖啡店談論的轟動新聞。

當我自己走上街頭,我找到了何以必須走上街頭的答案。

試想,沒有街頭示威,各方包括政府、在野黨、媒體、學術界、清真寺祭司、清真寺的看守人、和尚、牧師、漁夫、農夫、勞工、廚師、家庭主婦甚至學生自己會否關注被帶出的問題?無論是爭取學術自由運動、淨選盟、廢除《大專法令》運動、廢除英語教數理運動、廢除《內安法令》運動、反對萊納斯(Lynas)稀土廠、百萬穆斯林大集會、佔領獨立廣場等等,示威、抗議、集會和街頭已被証明是傳達社會心聲的最佳媒介。

如果你依然視街頭為不文明及破壞社會和平的方式,請你省思,捫心自問,你這個抨擊示威的心聲是否被聽見了?若不,你該做什麼?可能你還是必須嘗試走上街頭。

注:阿當阿德里(Adam Adli)現年24歲,是馬來西亞活躍的學運領袖,在蘇丹依德裡斯師范大學就讀。2011年,阿當在一次示威時因降下印有首相納吉肖像的旗幟,換上了馬來西亞大專生團結陣線和爭取學術自由運動的旗幟,而被該校勒令停學3個學期。阿當阿德里於2013年5月18日因較早時於講座上的言論而遭警方援引《煽動法令》逮捕,被扣留在增江警局的拘留所。近千人於5月22日晚在拘留所附近聲援阿當阿德里。
原文:

Mengapa saya pilih jalan raya?

Adam Adli | Jan 11, 2012 01:18:35 pm

Apabila saya dihubungi editorial MerdekaReview untuk menjadi kolumnis
jemputan, saya seakan tidak percaya; kerana lebihkurang 10 minit sebelum dihubungi oleh pihak editorial, saya baru sahaja menyatakan hasrat saya untuk menulis di akhbar dan portal agar segala pandangan dan buah fikiran saya dapat dinilai seadilnya. Bukan sekadar di medium Twitter atau Facebook. Tidak lama kemudian, saya mula termenung; apa harus saya tulis? Saya pernah terbaca pesanan seorang penggiat sastera yang mengatakan “pertama, kita harus tulis apa yang orang mahu, kemudian barulah kita tulis apa yang kita mahu,”. Saya cuba untuk menuruti pesanan beliau. Puas saya fikirkan, akhirnya saya buat keputusan. Reaksi kepada soalan-soalan yang sering diajukan kepada saya, saya fikir, ramai yang ingin tahu dan baca; mengapa saya pilih jalan raya.

Tahun 1997 dan 1998 tentu sekali tahun penting dalam lipatan sejarah Negara kita kerana pada tahun itulah kita menyaksikan mobilisasi manusia yang disifatkan paling besar pernah berlaku dalam sejarah moden tanah air. Dari situ saya mengenali jalan raya sebagai medium sebenar menyampaikan suara dan isi hati rakyat yang setiap satunya mungkin tidak pernah pun merasai sejuk hawa dingin bangunan Parlimen mahupun Putrajaya. Saya masih ingat, ayah saya juga antara demonstran tegar ketika itu. Setiap pagi Sabtu beliau pasti akan turun ke kota. Dengan hanya berkemeja-t dan berseluar jeans, dengan motosikal buruknya beliau akan ke sana. Pernah saya mohon untuk bersama, tapi dihalang beliau. Katanya bahaya.

Lebih kurang sepuluh tahun kemudian, saya mula kenal jalan raya. Bermula dengan demonstrasi menuntut hak air rakyat Selangor, segala persoalan mengapa ayah saya turun ke tengah kota hampir setiap minggu sepuluh tahun lalu terjawab.

Di tengah-tengah keringat ribuan manusia, saya seorang diri asalnya. Saya tidak kenal langsung siapa yang berada di situ. Usai demonstrasi tersebutlah baru saya kenal beberapa rakan baru yang kini bersama dalam satu barisan bernama Solidariti Mahasiswa Malaysia. Saya masih ingat, ketika itu, berdepan dengan trak FRU, sebagai “first timer“, logiknya pasti saya memilih barisan paling ke belakang sekali. Namun entah dari mana saya dapat keberanian untuk menjadi benteng hadapan. Sekali lagi diulangi, saya hadir seorang diri tanpa rakan yang dikenali. Namun aneh, saya tidak pula rasa keseorangan. Dengan bergandingan bahu bersama beberapa anak muda mahasiswa yang lain, kami berdepan dengan tembakan water-cannon. Kami tidak berganjak dari tempat kami. Sehingga akhirnya diserang oleh anggota keselamatan barulah kami mula mangambil langkah berundur. Itu antara kenangan yang masih saya simpan.

Sejak dari itu, saya sering kemaskini diri saya dengan berita-berita mengenai himpunan dan protes jalanan. Protes jalanan bagi saya sudah menjadi pentas mulia, dan juga cara yang mulia untuk memurnikan jalan raya. Akhirnya, jalan raya “disalahgunakan” dengan sebab yang baik, berbanding “disalahguna” dengan tujuan lumba haram, meragut, merompak dan sebagainya. Saya tidak faham dengan orang yang menentang orang yang memartabatkan jalan raya sebagai wadah ekspresi suara sebenar rakyat.

Maka kita datang ke persoalan sebenar; mengapa jalan raya? Tenang rakan-rakan. Jika dikupas satu persatu risalah sejarah, kita akan akhirnya bertemu dengan catatan-catatan mengenai kuasa jalan raya. Dari kurun ke 16 hingga ke Occupy, kita faham bahawa jalan raya telah banyak berjasa kepada rakyat berbanding parlimen! Tidak hairanlah Guy Fawkes suatu masa dahulu pernah ingin meletupkan bangunan Parlimen! Saya sering tekankan kepada rakan-rakan; parlimen hanya untuk 222 orang, sedangkan kita ada jutaan suara yang mahu didengari. Maka jalan raya adalah ruangnya. Ia terbuka, luas, dan pasti mendapat perhatian!

Kempen BEBAS yang menuntut kebebasan akademik misalnya, sering dirujuk sebagai anarki jalan raya yang tidak bertamadun dan hanya untuk membuat kacau. Di sini kita lihat, dan dibuktikan; bahawa hanya bila kempen ini digerakkan di jalan raya baru masyarakat dan pak-pak menteri mahu mengambil tahu tentang kempen ini. Mereka ini pasti tidak tahu bahawa sepanjang setahun kempen BEBAS digerakkan sejak awal 2011, sudah belasan gerak kerja dijalankan; dari siri debat, forum, wacana, pidato awam, termasuklah sidang-sidang video dan proses surat-menyurat. Siapa yang mahu dengar? Tiada siapa pun. Walau antara yang pernah dijemput hadir ke program kami itu termasuk nama-nama besar seperti Anwar Ibrahim, Saifuddin Abdullah, Hisham Rais, Fahmi Reza, dan Aziz Bari, ia tidak mampu mencuri perhatian orang ramai. Realitinya, masyarakat kita adalah masyarakat yang paginya dihidang dengan akhbar tabloid. Kisah-kisah sensasi sahaja yang mampu mencuri tumpuan masyarakat. Dan protes jalanan adalah salah satu dari sensasi yang gemar dibincangkan di kedai kopi.

Saya menemui jawapan terhadap mengapa harus turun ke jalan raya apabila saya sendiri turun ke jalan raya.

Andai kata tiada protes jalanan, mahukah semua pihak; kerajaan, pembangkang, media, akademia,imam surau, tok siak, sami, paderi, nelayan, petani, buruh, tukang masak, suri rumah, malah pelajar sendiri ambil perhatian terhadap isu-isu yang dibawa? Tidak kiralah samada BEBAS, BERSIH, GMA, PPSMI, ISA, Anti-Lynas, HIMPUN, OccupyDataran dan sebagainya. Demonstrasi, protes, himpunan, dan jalan raya kini terbukti sebagai medium terbaik dalam menyampai suara dan keringat masyarakat. Pada yang masih memandang jalan raya sebagai cara tidak bertamadun dan merosakkan ketenteraman awam, anda perlu muhasabah diri. Tanya kepada diri anda, adakah suara anda yang mengutuk demonstran ini didengari? Jika tidak, apa yang anda mahu buat? Mungkin anda harus cuba turun ke jalan raya juga.

*Adam Adli ialah aktivis mahasiswa, bergiat aktif dalam pertubuhan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

This entry was posted in 難以歸類. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s